Monday, 27 August 2012

Apa itu Sessi Jamming? (Jamming-Session)

 

   Sessi jamming selalunya diterjemahkan sebagai sessi bermain muzik yang lebih kepada tidak begitu formal berbanding sessi latihan muzik. Lazimnya, pemuzik dan band jarang membuat 'preparation' sebelum sessi jamming bermula kerana ianya cuma sessi bermain muzik yang bercorak 'santai' dan hanya sekadar bertujuan untuk berhibur bagi melepaskan 'gian' bermain muzik.

   Selalunya penyediaan lagu-lagu, chords mahupun score notation jarang diperlukan didalam sessi ini kerana ianya tidak terlalu di ambil berat di kalangan pemuzik dan band. Bagi mereka, sessi ini adalah lebih kepada sessi latihan 'tangkap muat jer' dan tidak perlu memainkan alat muzik mengikut 'rules and ettique' seperti sessi latihan formal.

 Namun begitu, ada juga pemuzik dan band yang mempraktikkan 'rules and ettique' sessi jamming bagi tujuan meng'practice', meng'improvise' dan men'develop'kan elemen-element baru dalam sessi latihan muzik mereka dan mengilap bakat, idea atau material baru yang boleh diperolehi dalam sessi jamming.

  Mereka juga menjadikan sessi jamming sebagai 'pra-practise session' mereka sebelum merakamkan demo-demo, lagu-lagu terbaru mereka ataupun sekiranya mereka terlibat dengan persembahan secara langsung dalam waktu yang terdekat.








Print This Post

No comments:

Post a Comment